10 April 2009

Masa telah berlalu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Sekarang dah masuk bulan april tahun 2009, Banyak perkara telah berlaku dalam masa empat bulan tahun 2009. Pada 3 April 2009 kita telah mendapat Perdana Menteri baru iaitu YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak bagi menggantikan Dato' Seri (Tun) Abdullah Hj Ahmad Badawi. Semoga YAB Dato' Seri Najib dapat membawa perubahan kepada rakyat malaysia. Pilihanraya kecil untuk dua bukit dan satu batang juga telah selesai dimana rakyat telah bersuara dan menyatakan kehendak mereka. Bagi yang memenangi pilihanraya itu diucapkan tahniah dan yang kalah jangan putus asa cuba lagi lain kali. Cuba cari apa yang menyebabkan kekalahan itu. Yang telah menang jalankanlah amanah yang telah diberikan oleh rakyat dengan sebaiknya. Peluang yang diberi untuk menabur bakti kepada rakyat jangan disiakan. Jalankan amanah ini dengan penuh tanggung jawab.

18 February 2009

7 Tabiat Orang Yang Berjaya

Diterjemahkan daripada The 7 Habits of Highly Effective People oleh Stephen Covey 1.Pro-aktif - Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jari kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah. 2.Mula dengan wawasan di dalam minda. Bina wawasan berdasarkan prinsip "utara-benar". Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya. 3.Utamakan yang utama Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara. 4. Fikirkan Menang-Menang Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai. 5. Dengar dahulu sebelum berkata Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian yang memudahkan mereka menerimanya. 6. Sepadukan usaha Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan mengatasi kekuatan individu. 7. Tajamkan pedang Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.

16 January 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Hari ni dah 16/1/2009, baru hari ni saya berkesempatan untuk menjengah blog saya ni dan mengucapkan pada semua selamat tahun baru hijrah 1430 dan tahun baru masehi 2009. Bermulanya tahun baru bermakna bertambah lagi usia kita setahun lagi. Dengan itu sepatutnya kita menjadi bertambah matang dalam mengharungi hidup ini. Untuk tahun baru ni banyak cabaran yang kita akan lalui, dengan keadaan ekonomi dunia dan ekonomi negara kita yang tidak menentu. Harga barang pun tak turun-turun walaupun harga minyak dah jatuh ketahap yang paling rendah. Masa harga minyak naik dulu berlumba-lumba peniaga barang menaikan harga minyak kerana kos telah naik. Tapi bila harga minyak turun tak de pun yang nak turunkan harga barang. Itulah kesilapan yang paling besar yang Pak Lah lakukan sepanjang masa dia menjadi PM. Entah penasihat karat mana yang advise dia suruh naikan harga minyak sampai ke 78 sen. Takkan dia tak belajar ekonomi yang "price is sticky" bila naik payah nak turun. Saya rasa itu satu pengajaran untuk Pak Lah. Kenaikan harga minyak telah menunjuk jalan keluar kepada Pak Lah. Kita sebagai rakyat biasa perlu menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran ekonomi pada tahun 2009. Dijangka ekonomi akan menjadi lebih parah. Kadar pengangguran akan meningkat. Diberitakan di Taiwan dan Singapura ramai pekerja akan diberhentikan. Jadi kita kena beringat bahawa banyak rakyat Malaysia yang bekerja di dua negara itu. Penderitaan saudara kita di Palestine juga menjadi pembuka tirai tahun baru 2009. Kekejaman rejim zionis israel dengan melakukan serangan yang membunuh kanak-kanak dan orang tua dan juga orang yang tidak berdosa. Nampaknya Israel memang bersungguh-sungguh untuk menghapuskan bangsa Palestine dari muka bumi. Pemimpin dunia Arab hanya mampu berpelik tubuh dan berdiam diri sahaja. Masing-masing hanya menjaga kepentingan kedudukan mereka. Pemimpin Arab yang ada hanya menjadi tali barut Amerika. Oleh itu mari kita sama-sama berdoa agar Allah SWT membantu insan-insan yang terainaya di Palestine. Kita juga berdoa agar Allah menurunkan Bala dan melingkupkan israel dari bumi Allah ini. Akhir sekali kepada pengundi di Kuala Terengganu gunakan hak anda dengan betul. Pilihlah pemimpin yang boleh membela nasib anda. Bukan pemimpin yang membela nasib sendiri dan sanak saudara. Harta kekayaan negara adalah hak kita sebagai rakyat. Jadi berhati-hati dalam memilih pengurus yang akan menguruskan harta kita. Jangan sampai Pengurus Syarikat kaya-raya, Tuan punya syarikat hutang berbaris. Sekian, Wassalam