15 October 2011
Ubat penahan sakit
Penyakit yang di hadapi rakyat ialah kesusahan menghadapi kenaikan harga barang. Rakyat sudah mual mendengar pihak kerajaan mengumumkan kadar inflasi kita adalah di bawah 4 peratus tetapi harga barang keperluan meningkat berkali ganda.
Dalam pada itu rakyat masih nampak dengan jelas penyakit yang tidak kunjung sembuh masih berlaku di hadapan mata kepala mereka, iaitu rasuah di setiap peringkat pentadbiran kerajaan. Memang ada kerajaan menangkap seorang dua dan di tuduh di mahkamah tetapi itu hanya menghilangkan sakit buat seketika sahaja. Rakyat tahu lebih ramai yang melakukan kerja keji itu tidak ditampilkan untuk menghadapi tuduhan di mahkamah.
Dalam pada kerajaan mengambil tindakan kepada beberapa orang rasuah tetap juga bertambah rancak dan nyata ianya merupakan satu kanser yang tidak mungkin dapat di sembuhkan. Kanser tetap membunuh setiap sel yang baik di dalam sistem pentadbiran negara dan dalam jangka masa yang tidak berapa lama seluruh sistem kerajaan akan lumpuh oleh kerana kegiatan rasuah yang tidak mampu dikawal itu.
Petikan dari blog aspanaliasnet.blogspot.com
Bajet 2012
Belanjawan 2012 kali ini memberikan habuan kepada pelbagai golongan. Tiada siapa yang boleh merungut mengatakan mereka tertinggal dalam menerima habuan.Persoalan yang banyak dibangkitkan oleh ahli ekonomi tempatan dan asing ialah apakah kita mampu mencapai sasaran pertumbuhan 5.5-6 peratus dan mengurangkan defisit daripada 5.4 peratus kepada 4.7 peratus - Datuk Salleh Majid ialah bekas Presiden BSKL
Subscribe to:
Posts (Atom)

