16 January 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Hari ni dah 16/1/2009, baru hari ni saya berkesempatan untuk menjengah blog saya ni dan mengucapkan pada semua selamat tahun baru hijrah 1430 dan tahun baru masehi 2009. Bermulanya tahun baru bermakna bertambah lagi usia kita setahun lagi. Dengan itu sepatutnya kita menjadi bertambah matang dalam mengharungi hidup ini. Untuk tahun baru ni banyak cabaran yang kita akan lalui, dengan keadaan ekonomi dunia dan ekonomi negara kita yang tidak menentu. Harga barang pun tak turun-turun walaupun harga minyak dah jatuh ketahap yang paling rendah. Masa harga minyak naik dulu berlumba-lumba peniaga barang menaikan harga minyak kerana kos telah naik. Tapi bila harga minyak turun tak de pun yang nak turunkan harga barang. Itulah kesilapan yang paling besar yang Pak Lah lakukan sepanjang masa dia menjadi PM. Entah penasihat karat mana yang advise dia suruh naikan harga minyak sampai ke 78 sen. Takkan dia tak belajar ekonomi yang "price is sticky" bila naik payah nak turun. Saya rasa itu satu pengajaran untuk Pak Lah. Kenaikan harga minyak telah menunjuk jalan keluar kepada Pak Lah. Kita sebagai rakyat biasa perlu menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran ekonomi pada tahun 2009. Dijangka ekonomi akan menjadi lebih parah. Kadar pengangguran akan meningkat. Diberitakan di Taiwan dan Singapura ramai pekerja akan diberhentikan. Jadi kita kena beringat bahawa banyak rakyat Malaysia yang bekerja di dua negara itu. Penderitaan saudara kita di Palestine juga menjadi pembuka tirai tahun baru 2009. Kekejaman rejim zionis israel dengan melakukan serangan yang membunuh kanak-kanak dan orang tua dan juga orang yang tidak berdosa. Nampaknya Israel memang bersungguh-sungguh untuk menghapuskan bangsa Palestine dari muka bumi. Pemimpin dunia Arab hanya mampu berpelik tubuh dan berdiam diri sahaja. Masing-masing hanya menjaga kepentingan kedudukan mereka. Pemimpin Arab yang ada hanya menjadi tali barut Amerika. Oleh itu mari kita sama-sama berdoa agar Allah SWT membantu insan-insan yang terainaya di Palestine. Kita juga berdoa agar Allah menurunkan Bala dan melingkupkan israel dari bumi Allah ini. Akhir sekali kepada pengundi di Kuala Terengganu gunakan hak anda dengan betul. Pilihlah pemimpin yang boleh membela nasib anda. Bukan pemimpin yang membela nasib sendiri dan sanak saudara. Harta kekayaan negara adalah hak kita sebagai rakyat. Jadi berhati-hati dalam memilih pengurus yang akan menguruskan harta kita. Jangan sampai Pengurus Syarikat kaya-raya, Tuan punya syarikat hutang berbaris. Sekian, Wassalam

No comments: