10 April 2009
Masa telah berlalu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sekarang dah masuk bulan april tahun 2009, Banyak perkara telah berlaku dalam masa empat bulan tahun 2009. Pada 3 April 2009 kita telah mendapat Perdana Menteri baru iaitu YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak bagi menggantikan Dato' Seri (Tun) Abdullah Hj Ahmad Badawi. Semoga YAB Dato' Seri Najib dapat membawa perubahan kepada rakyat malaysia.
Pilihanraya kecil untuk dua bukit dan satu batang juga telah selesai dimana rakyat telah bersuara dan menyatakan kehendak mereka. Bagi yang memenangi pilihanraya itu diucapkan tahniah dan yang kalah jangan putus asa cuba lagi lain kali. Cuba cari apa yang menyebabkan kekalahan itu. Yang telah menang jalankanlah amanah yang telah diberikan oleh rakyat dengan sebaiknya. Peluang yang diberi untuk menabur bakti kepada rakyat jangan disiakan. Jalankan amanah ini dengan penuh tanggung jawab.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment